AMALAN BUKAN SEKADAR DI BACA
Bila masuk bab amalan hindar stroke tadi.... ada benda tok nak sampaikan sejak lama dulu, tapi sering lupa.
Setiap amalan ada tata caranya, tata cara yang di maksudkan contohnya ..nak makan kena baca doa makan, bukan baca doa saja dan kenyang.
Sama juga amalan lain, contohnya stroke. Kalau belajar di pondok pondok, semua amalan apa pun ada tata caranya.
Kalau ustaz kata baca hak ni hak ni in Sha Allah terjauh stroke, pastu kita tanya tatacara dia lagu mana dan dia jawab " baca saja buat amalan" , suruh dia p mengaji balik, tu mengaji tak habis tu.. mengaji pondok ni ada level level dia, mengaji di Riyadh pun sama. Bukan beerti apa dia cakap semua tepat.
Org pondok guru lama lama, dia beramal ayat tolak stroke sambil meminum cuka tau..bukan amal saja. dia amal sambil menjaga makan minum dia atau mengamalkan pemakanan sunnah.
Sama juga sakit jantung , ustaz kata baca " iya kanak budu waiya kanas tai'n" letak tangan di dada tu tatacara tapi belum lengkap, yang lengkapnya ialah kita jaga pemakanan , kita jaga kesihatan melalui amalan pemakanan sunnah seperti cuka, madu, HSauda , kurma dll...
Amalan bacaan ni dia macam ni solusinya..... bila kita baca dan beramal , yakin pada Allah, maka pada saat itu kehendak hormon nak makan itu ini akan lenyap, jiwa kita jadi bening..kita makan apa yang ada, apa yang perlu dan cukup. itu sahaja. ok..tak faham lagi?.... contoh kita p masjid.... cara kita berbual dgn jemaah masjid pun lain dah, saling beradab, hormat menghormati .. cuba kat luar masjid?... sebab masa tu minda kita dah di programkan agar menjaga kelakuan. sama juga jika dengan Amalan apa sekalipun...kita akan duduk dalam program mind set utk kedudukan situasi tersebut. Bila kita tak beramal..kita mula la mai program leka, cuai, lalai.. tu ini nak baham..pantang hulur.
Jadi adakah tanpa amal pun akan jadi?.....
Jawapan dia....
Kalau org islam memang susah nak jadi, dia kena bawak amalan juga kerana amalan itulah yg akan masukkan dia dalam program tu..inside the program
2. Bagi org bukan islam dia memang jadi kerana itu saja yang dia ada, yakni keyakinan dan kesungguhan utk sembuh itu yg akan memasukkan dia dalam program tu...feel tu.
Bila kita sedar kita di dalam program penyembuhan automatik kita akan buat apa yg perlu dan jauhkan apa yang tidak perlu...kerna itu yang bernama manusia. Dia tak macam haiwan, kena kurap pun dok p balun ayam lagi..sebab dia takda program penyembuhan dalam minda dia.
Tok melihat ramai ustaz memberi ijazah amalan itu dan ini..semuanya dalam bentuk bacaan sahaja, suruh amal setiap hari. tapi tatacaranya tiada. Nabi dah kata 1 masa dulu " di Akhir zaman Manusia lebih percayakan Ayat Ayat Al Quran dari Allah SWT itu sendiri " apabila di sebutkan begini..jika di tanya..semua org menafikan, tapi sebenarnya ayat percayakan Allah itu dalam maknanya.
Sebagai contoh sifat 20. Hal yang pertama , yakni wujud... apa benda yang wujud?.. herba, obatan, batu bata, akaq kayu dan paling penting ialah wujud diri dan wujud akal. Bukan sekadar amal tapi semasa beramal kita menggunakan apa yang ada di sekeliling sebagai usaha.
Apabila di sebut beramal dengan amalan bacaan dan herba , pemakanan sunnah dan batu bata di sekeliling automatik kita tak perlukan dah khidmat Al Basyar yg berpakaian putih di spital nu. Sebab kita sihat.
Jadi kerana itu puak puak ni awal awal lagi dah kawal.. nak keluar sebarang herba kena lulus KKM dulu. bahan dah ikut dose yg betul dia cakap lebih..merbahaya kepada kesihatan..jadi kena kurangkan dos..tu yg makan tak jadi apa tu, makan hari hari dah macam makan ubat mereka dah. Walhal pengambilan herba ni memang ada kesan sampingan seperti panas badan, pening sikit malah ada efek muntah, muntah bukan benda tak elok, nabi sendiri pun suruh kita sengaja muntah dalam tempoh tertentu, kerana muntah dapat menyihatkan usus. Ha ni ramai tak tau ni. Dan pengambilan herba bukan hari hari macam makan ubat spital tu. pengambilannya cuma maksima 41 hari. penyakit biasa biasa pun cuma 3-5 hari sahaja. Dan makan dia pun pada waktu pagi dan malam....kenapa pagi dan malam?...utk elak badan menjadi panas terlebih kerana 2 waktu ini cuacanya tidak panas.
Ada org sombong dengan rawatan alternatif, tapi la ni lepas vaxx p cari ayaq nyoq dan bekam juga. Jangan sombong dengan mana mana aliran perubatan walau perubatan tu alternatif ke, moden ke, mistik ke...kita tak tahu nak jadi apa kat kita ke depan. Mo kala kena santau doktor pakar boleh bantu ka..?..jawab mai....
Jadi kena beringat tu... setiap amalan ada tatacaranya..bukan sekadar baca sahaja.
Ada Ustaz kata... " amal saja, in Sha Allah Dengan keyakinan Pasti akan sembuh "... ni bukan pasaipa.. dia tau hak sebetuinya adalah apa.. tapi sebab dia memang tak tau tatacara dan boleh mencalarkan imej kredebiliti maka itu lah jawapan penamat soalan.
SEJARAH DUNIA DAN LANGIT LANGIT.
Kalau dulu yes... baca bismillah saja boleh jalan atas air, dengan sedikit bekal keimanan dan keyakinan.
Kalau dulu yes... berdoa pada Allah mintak makanan... Makanan turun dari langit di turunkan oleh org org di langit
Selepas Kelahiran Nabi Kita, Nabi Muhammad SAW... ini ialah zaman Terputusnya hubungan antara langit dan bumi, tiada lagi bantuan seperti itu ketika ini. Tiada lagi hal hal ajaib seperti itu di dunia melainkan pasti ada asbabnya ..pasti...kok mana pun...pasti ada asbab...cuma kekadang org biasa dia takjub pasai tak sampai dek akal dia asbab asbab itu.
Zaman tu org yang menganut kristian ( kristian lebih lama dari Islam ) mengeluh dan berkata Tuhan sudah mengabaikan manusia, sekarang mereka keseorangan... hakikat merek atak terima nabi Muhammad tu salah satu sebabnya kerana mereka marah dengan kelahiran baginda dan tetap menunggu Nabi Isa AS ( kehadiran messiah kristian )
Dia macam ni nak bagi mudah faham... Allah taala ni cipta robot demi robot... bermula adam, katakan Model MS1.. Manusia Super 1... Allah perati dan tengok model ni dan umat dia lagu mana... dok lama. Allah rombak balik dan cipta Model MS 02... perati lagi dan rekodkan dalam Al Quran kitab terakhir ... sampailah ke Model Terakhir M25 dengan kelebihan kelebihan tertentu dan mukjizat tertentu. Tapi kali ni DIA katup semua pintu langit, hijabkan semua makhluk selain manusia, haiwan dan tumbuhan.. DIA test lagi dan berpuas hati... manakan tidak...UMAT INI MAMPU BERTAHAN selama 1443 Tahun imannya, tauhidnya kepada Allah SWT. Dan Allah kata itulah Nabi Terakhir dan dunia terakhir.... bila di sebut dunia terakhir.. ulama menyatakan bahawa dunia ini sudah kiamat dan mula balik sebanyak 40x @ 40,000x ( ada 2 pendapat ulama ) yang berkait kisah Isra' Mikraj. Ini last...bumi ini tidak akan terciptakan lagi.kita masuk sikit lah bab ni ok....
Allah tidak akan ciptakan lagi dunia ini selepas ia di kiamatkan.... hak kita duduk ni last.
Maksudnya kita ni umat akhir zaman yang masih ikut ajaran Nabi Muhammad dan mengikut apa yang di sunnahkan dan tunduk kepada Allah adalah model model yang lahir dari model canggih, terpilih dan bijaksana. Tapi bukan semua lah...
Last last dekat nak kiamat sangat dah ni, Allah uji lagi.. hebat ujianNya. Nabi kata apa?.... Nabi kata Umatku di akhir zaman akan di uji dengan fitnah yang amat besar umpama di kumpulkan semua fitnah dari bermulanya dunia ini hingga ke akhir zaman, seberat itulah fitnahnya menimpa mereka. Sebab itulah para sahabat mencemburui kita umat akhir zaman. Uih..banyak benda depa cemburu nak habaq bagi.
Nabi dah bagi hint cara nak selamat...yakni "lari " bermaksud .bukan lari p hutan... tapi ialah tidak terlibat dengan fitnah ini. itu maksud lari.
Sekian, wallahualam , intaha.
No comments:
Post a Comment